SELAMAT DATANG KE BLOG ZOLFE3- .. ZOLFE-THREE .. }

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Ahad, 12 Julai 2015

pengajaran hikayat cendawan putih

PENGAJARAN
               Antara pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional Hikayat Cendawan Putih ialah, sebagai anak kita hendaklah bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu bapa/orang tua, contoh Raden Kesuma Wati bertanggungjawab pergi mencari telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang.
Selain itu, kita hendaklah gigih / tabah dalam melakukan sesuatu perkara/kita jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara untuk  kebaikan, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Ningrat gigih/tabah/tidak mudah berputus asa mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung  Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
Di samping itu,  kita janganlah bertindak ganas / mengikut perasaan/ menceroboh hak orang lain,.Contohnya,  Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari menceroboh/menyerang negeri Indera Buangan bertujuan untuk  merampas/mengambil Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari  sebagai isterinya.
Seterusnya, Kita hendaklah bertindak secara adil kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat bertindak adil kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dengan memberi sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
Sementelah, Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada pemimpin/ketua/pemerintah/raja, contoh menteri, mangkubumi, hulubalang dan rakyat negeri Kesambi Pura patuh/taat/setia kepada perintah Tuan Puteri Pelinggam Cahaya supaya pergi ke hutan rimba/Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.

Lain daripada itu,  kita jangan mencuri/merampas/mengambil hak orang lain. Contohnya Tuan Puteri Pelinggam Cayaha merampas kuda hitam, lembing, pakaian dan tali pinggang hulubalang pahlawan yang dibunuh di hutan rimba dan ketika Raden Kesuma Wati mencuri makanan kuih-muih di kedai / gerai di pasar dalam negeri Indera Buangan.

watak dan perwatakan indera nata

WATAK DAN PERWATAKAN

-                    Didalam Hikayat Indera Nata, watak perwatakannya ialah merupakan seorang yang bijaksana. Contohnya, apabila Raja Rom menyuruhnya menjemput Tuan Puteri Cenderawati, iaitu Bondanya untuk mengadap baginda, Indera Nata telah memberikan hujah yang sungguh bernas bagi mematikan bicara ayahandanya.
        
           Selain itu, Indera Nata juga merupakan seseorang yang berhemah. Baginda menyuruh isterinya, Tuan Puteri Cendera Kesuma untuk pergi menghidupkan kembali ayahandanya yang telah mangkat. Dengan izin ALLAH, ayahandanya telah bangkit dan hidup semula. Setelah itu Indera Nata telah pergi mengadap ayahandanya.

            Di samping itu, Indera Nata juga merupakan  seseorang insan yang bertakwa kepada ALLAH.  Indera Nata sangat mempercayai kekuasaan Allah dengan mengikut hokum islam iaitu dengan berkahwin empat dengan hanya empat orang daripada ketujuh-tujuh orang puteri Raja- Raja Besar.













Cari Blog Ini

visitor


widget