PENGAJARAN
Antara pengajaran yang terdapat
dalam prosa tradisional Hikayat Cendawan Putih ialah, sebagai anak kita
hendaklah bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu bapa/orang tua, contoh Raden
Kesuma Wati bertanggungjawab pergi mencari telur burung merpati putih yang
bersarang di dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa sebagai ubat untuk
menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat
selepas berperang.
Selain itu, kita hendaklah gigih / tabah dalam melakukan
sesuatu perkara/kita jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara
untuk kebaikan, contoh Raden Kesuma
Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Ningrat gigih/tabah/tidak mudah
berputus asa mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati
putih yang bersarang di dalam telinga naga.
Di samping itu,
kita janganlah bertindak ganas / mengikut perasaan/ menceroboh hak orang
lain,.Contohnya, Raja Paksi Dewa dari
negeri Agung Sari menceroboh/menyerang negeri Indera Buangan bertujuan
untuk merampas/mengambil Tuan Puteri
Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari
sebagai isterinya.
Seterusnya, Kita hendaklah bertindak secara adil
kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat bertindak adil kepada Raden
Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dengan memberi sebiji seorang
telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga di atas Gunung
Meraksa Dewa.
Sementelah, Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada
pemimpin/ketua/pemerintah/raja, contoh menteri, mangkubumi, hulubalang dan
rakyat negeri Kesambi Pura patuh/taat/setia kepada perintah Tuan Puteri
Pelinggam Cahaya supaya pergi ke hutan rimba/Gunung Meraksa Dewa mencari telur
burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
Lain daripada itu, kita jangan mencuri/merampas/mengambil hak
orang lain. Contohnya Tuan Puteri Pelinggam Cayaha merampas kuda hitam,
lembing, pakaian dan tali pinggang hulubalang pahlawan yang dibunuh di hutan
rimba dan ketika Raden Kesuma Wati mencuri makanan kuih-muih di kedai / gerai
di pasar dalam negeri Indera Buangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan