SELAMAT DATANG KE BLOG ZOLFE3- .. ZOLFE-THREE .. }

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Isnin, 15 September 2014

HARI MALAYSIA..

                                     

                                 HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah),SARAWAK  dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 JUN 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.. Beberapa isu berkaitan dengan BANTAHAN  INDONESIA  dan FILIPINA  untuk PEMBENTUKAN MALAYSIA memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 SEPTEMBER pada tahun yang sama. . Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini SABAH) dan SARAWAK..


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri SABAH sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri.. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di SARAWAK  dan semenanjung MALAYSIA, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.   
Beberapa isu berkaitan dengan
bantahan Indonesia dan Filipina untuk
pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan ke
16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi
membolehkan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu memperuntukkan
masa membuat pungutan suara di
Borneo Utara (kini Sabah) dan
Sarawak.


Penubuhan
Persekutuan Malaysia ditentang hebat
oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia
tidak senang dengan penubuhan
Persekutuan Malaysia lantas,
melancarkan konfrantasi ketenteraan di
bawah slogan "Ganyang Malaysia"
yang berlanjutan sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas
Sabah atas hujahan perjanjian yang
dimeterai antara Kesultanan Sulu
dengan pihak British. 

                                                                                                                                                                    Brunei yang turut
termasuk dalam rancangan
penubuhan Persekutuan Malaysia
membatalkan penyertaannya setelah
berdepan dengan pemberontakan
besar-besaran di Brunei oleh Sheikh
Azhari pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai
1963, Perjanjian penubuhan
Persekutuan Malaysia dimeterai di
London hanya setelah Laporan
Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan
menyatakan, lebih 80 peratus rakyat
Sarawak dan Sabah bersetuju dengan
cadangan kemerdekaan melalui
penggabungan bersama Persekutuan
Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan
Persekutuan Malaysia telah
ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke
31 Ogos 1963 kerana menunggu
Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun
tarikh tersebut pula ditangguhkan
setelah Indonesia dan Filipina
emperhebatkan tentangan mereka
terhadap penubuhan Persekutuan
Malaysia. Dan akhirnya 16 September
1963 menjadi hari secara rasminya
Persekutuan Malaysia ditubuhkan.
Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya
ini akan hanyut ditelan zaman.
Sekalipun tidak hilang, tetapi apalah
nilai Hari Malaysia jika sejarahnya
hanya tersimpan di arkib,
perpustakaan dan memori generasi
lama? Apakah generasi muda sedar
akan kewujudan Hari Malaysia?
Jawapan yang ada mungkin ya dan
mungkin tidak, kerana tiada kajian
rasmi yang menunjukkan persepsi ini.
Namun, cubalah kita bertanya-tanya
dengan anak-anak kita, cucu-cucu kita
atau tanya sahaja dengan belia remaja
yang kita temui di pusat-pusat membeli
belah, yang sedang meladeni diri di
kaki-kaki jalan dan yang terperuk di
rumah memaku matanya pada skrin
TV atau komputer. Jawapan yang kita
terima, mungkin boleh dijadikan
sebagai gambaran persepsi di atas.
Tulisan ini gambaran persepsi yang
diterima melalui jawapan-jawapan
daripada belia remaja sekeliling
penulis. Hasilnya, penulis kecewa dan
gusar akan nasib Hari Malaysia dan
sejarahnya di masa mendatang. Ya,
ada yang sedar akan kewujudan Hari
Malaysia, tetapi apakah nilaiannya
pada mereka? Apatah lagi yang tidak
sedar akan kewujudan Hari Malaysia.
Ini merupakan satu fenomena tidak
sihat dalam perkembangan diri
generasi muda. Buta sejarah akan
menjadikan mereka rapuh jati diri yang
akan merendahkan semangat patriotik
pada diri mereka.
Permasalahan ini tidak dapat hanya
kita sandarkan penyelesaiannya
melalui pengajaran dan pembelajaran
subjek Sejarah dan Pendidikan Sivik di
sekolah. Kesedaran tentang kewujudan
Hari Malaysia tidak boleh hanya
terkurung dalam kurikulum pendidikan
formal di sekolah. Penghayatannya
perlu dalam bentuk interpretasi dalam
kehidupan realiti.
Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos
saban tahun merupakan contoh
terbaik kesedaran melalui kurikulum
pendidikan sekolah dan penghayatan
melalui interpretasi dalam kehidupan
realiti. Kita belajar akan Hari
Kemerdekaan di sekolah dan kita lihat
betapa pentingnya tarikh tersebut
melalui sambutan gilang-gemilang
menyambut tarikh tersebut.
Nah, tentu sahaja memberi kesan yang
membekas pada diri generasi muda
untuk memahami bahawa Hari
Kemerdekaan merupakan satu
peristiwa penting dan sejarahnya akan
terus hidup dalam diri mereka. Justeru,
cadangan menaik taraf penghargaan
terhadap Hari Malaysia merupakan
satu cadangan yang praktikal dan
signifikan demi memastikan Hari
Malaysia dan sejarahnya akan terus
wujud dan hidup dalam diri generasi
muda.
Penarafan semula penghargaan
terhadap Hari Malaysia boleh sahaja
dilaksanakan melalui sambutan rasmi
sama ada di peringkat negeri dan
kebangsaan. Selain itu, hebahan
melalui media cetak mahupun
televisyen melalui pemaparan imbauan
sejarah juga penting untuk
menyebarkan kesedaran dan
menanam penghayatan akan peristiwa
penting pada tarikh tersebut. Bukan
hanya setakat sebagai bahan bualan
oleh hos rancangan televisyen atau
tajuk rencana akhbar, Hari Malaysia
perlu dijadikan sebagai tema rasmi
dalam media cetak dan televisyen
untuk tarikh 16 September tersebut.
NGO atau organisasi masyarakat
setempat juga boleh memainkan
peranan penting dalam menyebarkan
kesedaran dan penghayatan Hari
Malaysia di peringkat akar umbi
masyarakat. Melalui penganjuran
sambutan Hari Malaysia di peringkat
kampung, kawasan perumahan atau
dengan acara forum, ceramah,
tayangan filem dan lain-lain akan
membantu masyarakat khususnya
generasi muda untuk memahami
mesej betapa taikh 16 September
merupakan tarikh penting yang
mengandungi peristiwa yang cukup
signifikan untuk Malaysia.
Mungkin juga pengisytiharan tarikh 16
September setiap tahun sebagai hari
cuti umum untuk seluruh negeri akan
menunjukkan betapa kerajaan Malaysia
benar-benar serius dalam menghargai
Hari Malaysia. Pengisytiharan cuti
umum ini akan membuka ruang untuk
sambutan gilang-gemilang sempena
Hari Malaysia dilaksanakan.
Tentu sahaja rakyat di Sarawak dan
Sabah akan lebih merasakan
kebersamaan mereka sebagai
sebahagian daripada rakyat Malaysia
secara keseluruhan. Maka Hari
Malaysia akan dirai bersama sebagai
bukti kesedaran dan penghayatan
seluruh rakyat daripada seluruh negeri
yang membentuk Persekutuan
Malaysia.
Seperti mana generasi muda sedar
akan Hari Kemerdekaan tanggal 31
Ogos setiap tahun, maka begitu
jugalah mereka akan sedar akan peri
penting tarikh 16 September dalam
lipatan sejarah Malaysia melalui
penghayatan yang selayaknya untuk
Hari Malaysia.
Jangan biarkan generasi muda terus
dilupakan tentang sejarah Malaysia
yang dipenuhi dengan warna-warni
perjuangan generasi terdahulu.
Penghargaan yang setimpal harus
diraikan untuk peristiwa-peristiwa
penting dalam sejarah Malaysia yang
membentuk Malaysia seperti yang kita
lihat hari ini. Melalui kesedaran sejarah,
maka generasi muda akan mampu
menghayati nilai sebenar Malaysia.



Cari Blog Ini

visitor


widget