SELAMAT DATANG KE BLOG ZOLFE3- .. ZOLFE-THREE .. }

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Selasa, 7 April 2015

SILAT MELAYU ASLI SARAWAK

Saya amat berminat dengan seni persilatan.....diharap dapat mempopularkan dan bertujuan untuk berkongsi kepada semua mengenai silat ini.....
   
Silat Melayu Asli Sarawak ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak. Silat ini dikatakan berasal dari Sambas, Kalimantan, Indonesia dan dibawa masuk ke Sarawak oleh seorang ahli perniagaan bernama Jeraie. Silat ini boleh dikategorikan sebagai jenis silat pukulan kerana ia menitikberatkan pelajaran buah pukulan. Silat ini mengandungi 12 jenis pukulan yang dinamakan Spring 12. Antara 12 pukulan tersebut temasuklah pukulan Cekak, Kiabu, Betawi, Hailam dan Hantu Bangkit.

Sukatan pelajaran

Berikut merupakan sukatan pelajaran silat ini.
PeringkatPelajaran
PertamaBelebat-seturut, sumbang, sepak tinggi, sepak bawah, tumbuk serta sepak
KeduaSeni Bunga
KetigaMengenal induk pukulan
KeempatBerlapis/berlaga
KelimaKeputusan guru


Silat ini kemudian diteruskan oleh anak murid Pak Jeraie iaitu Guru Pak Bojeng Bin Sham yang menetap di Kampung Patingan, Jalan Tanjung Selatan, Kampong No 6, Kuching, Sarawak. 
Setelah meninggalnya Guru Pak Bojeng Pada Lewat 1980an tugas ini telah diamanahkan kepada anak bongsu beliau iaitu Guru Hazemi Bin Bojeng atau dikenali sebagai Pak Imei atau pak mei. Beliau kini menetap di Kampung Sourabaya, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Legasi Ilmu Persilatan ini yang dikenali sebagai Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 diteruskan oleh anak saudara Pak Imei iaitu Guru Kustadinata Bin Mazlan. Beliau adalah anak ke 4 dari anak sulung Almarhum Guru Pak Bojeng, iaitu Mazlan Bin Bojeng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

visitor


widget