Sabtu, 11 April 2015
Peratus Rakyat Di Sarawak
Mutakhir kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengklasifikasi status Bumiputera di Sarawak meliputi tiga kaum majoriti utama - Iban, Bidayuh dan Orang Ulu - dalam borang kerajaan berkuat kuasa serta-merta sebagai memenuhi permintaan kerajaan Sarawak, sekali gus menghapuskan ruangan 'lain-lain.' Langkah itu diterima baik oleh semua pihak sebagai pengiktirafan bahawa Malaysia ialah negara pelbagai kaum yang unik. Malaysia terdiri daripada lebih 80 etnik. Sabah mempunyai 32 kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Rungus. Di Sarawak terdapat 28 etnik, dengan etnik terbesar ialah Iban, sebanyak 30 peratus, diikuti Cina 24 peratus, Melayu 23 peratus, Bidayuh 8 peratus, Melanau 6 peratus dan Orang Ulu 5 peratus. Bagi mereka di luar Sarawak, istilah Dayak dan Orang Ulu sukar difahami. Sebenarnya, Dayak dengan jumlah 1.25 juta daripada 2.6 juta penduduk Sarawak terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, manakala Orang Ulu pula satu kategori besar yang merujuk kepada lebih 20 etnik minoriti lain seperti Kenyah, Kayan, Kelabit, Lahanan, Kejaman, dan Ukit. Adakah Sabah akan mengikuti Sarawak, bukan sahaja dengan menghapuskan 'lain-lain' tetapi juga kategori Bumiputera Islam dan bukan Islam yang dipersepsi ada agenda politik?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan